Kod Program
|
MT22
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial & Penyelidikan
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu, Inggeris & Arab
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)
|
2 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)
|
3 Tahun
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
|
Maklumat Program
|
Program bahasa Arab untuk Tujuan Khusus merupakan satu-satunya program seumpamanya yang ditawarkan di Malaysia. Ianya dirangka bagi melayakkan calon Ijazah Sarjana untuk menjalankan kajian dan penyelidikan yang berwibawa secara ilmiah dan saintifik. Menghasilkan karya-karya yang bermutu dan autentik sebagai rujukan dalam bidang bahasa Arab untuk Tujuan Khusus atau yang berkait dengannya. Melakukan transformasi pendekatan dalam kajian berkaitan dalam bidang bahasa Arab untuk Tujuan Khusus dan menjadi tenaga pakar dan profesional dalam bidang tersebut yang akan menjadikan Malaysia sebagai pusat keilmuan dunia.
Syarat Kelayakan
|
-
Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang Bahasa Arab atau bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau yang setara dengannya seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau;
-
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang Bahasa Arab atau bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75; boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
-
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang Bahasa Arab atau bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurang PNGK antara 2.00 dan tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan, boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
-
Calon yang tiada kelayakan dalam bidang yang berkaitan atau mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut;
-
memenuhi kelayakan minimum PNGK 2.75 sehingga PNGK 2.00
-
mencapai sekurang-kurangnya B2 dalam CEFR (Common European Framework of Reference): tahap penguasaan Bahasa Arab (atau setara dengannya), DAN
-
mengambil Kursus Pra Syarat (Merangkumi bidang Linguistik, Fonetik, Sintaksis, Semantik atau kursus yang setara dengan program)
Prospek Kerjaya

|
-
Menjadi tenaga pengajar dalam bidang bahasa Arab di institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, pegawai agama di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat agama, pendakwah, motivator dan lain-lain bidang selaras dengan hasrat dan dasar kerajaan Malaysia ke arah menjadikan negara ini hub kegemilangan tamadun Islam.