Pemindahan Kredit

BERITA BAIK KHUSUS UNTUK LULUSAN DIPLOMA IPTA & IPTS MALAYSIA!

 

Universiti Islam Selangor (UIS) amat mengalu-alukan permohonan dari lulusan Diploma IPTA & IPTS seluruh Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) UIS. Terdapat pelbagai bidang pengajian ISM yang sesuai untuk di pilih.

Semua lulusan Diploma dari IPTA dan IPTS Malaysia yang berjaya menyambung pengajian di peringkat ISM UIS adalah layak* untuk memohon kemudahan pemindahan kredit.

*Jumlah maksimum pemindahan kredit yang boleh dimohon/ diluluskan ialah 30% atau 50%daripada jumlah keseluruhan jam kredit bagi sesuatu program akademik tertakluk kepada Gred Minimum Kursus.

Sebagai contoh, bagi program ijazah sarjana muda yang mempunyai jumlah keseluruhan jam kredit 120 unit (bersamaan dengan 7 atau 8 semester pengajian), pemindahan kredit kredit yang boleh dimohon/ diluluskan ialah sebanyak 36 unit (bersamaan dengan 2 semester pengajian).

Ini bermakna, pelajar telah berjaya mengurangkan tempoh pengajian dan menjimatkan perbelanjaan (yuran pengajian, yuran asrama, kos sara hidup) yang perlu disediakan.

Jadi… jangan tunggu lagi! Permohonan kemasukan pelajar baharu UIS boleh dibuat secara online di https://bit.ly/nakbelajarkuis

 

 

 

proses 2014