APA ITU APEL.C?
-
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Penganugerahan Kredit [APEL.C] adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti.
-
Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.
APA FUNGSI APEL.C?
-
Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
-
Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
-
Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
-
Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.
SYARAT PERMOHONAN APEL.C?
-
Permohonan APEL.C adalah terbuka kepada pelajar yang telah mendaftar sebagai pelajar UIS dengan syarat berikut;
-
Tidak pernah memohon APEL.C; dan
-
Hanya dibenarkan memohon bagi kursus yang belum pernah diambil.
-
-
Penganugerahan kredit melalui APEL.C adalah dalam bentuk pemindahan kredit dan ia tidak melibatkan pemindahan gred. Walau bagaimanapun, penganugerahan kredit yang diberikan untuk APEL.C adalah dikira untuk keperluan jumlah kredit pengijazahan.
-
Peratusan maksimum bagi pemindahan kredit melalui APEL.C adalah 30% daripada jumlah keseluruhan kredit pengijazahan bagi sesuatu program pengajian.
INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG APEL.C?