Ijazah Sarjana Ekonomi

N/314/7/0035

Kod Programtitle bottom left g 4
MT11
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA08611
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah, Penyelidikan & Thesis
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian Sepenuh Masatitle bottom left g 4
2 Tahun
Tempoh Pengajian Separuh Masatitle bottom left g 4
3 Tahun
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Pengurusan & Muamalah
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Ijazah Sarjana Ekonomi merupakan lanjutan daripada program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Kewangan (Kepujian). Program ini akan merangkumi penghasilan tesis penyelidikan selepas menjalani Latihan dan penyeliaan yang berterusan dalam tempoh masa ditetapkan. Hasil penyelidikan pelajar dijangka memberi sumbangan yang signifikan kepada bidang yang berkaitan. Melalui program ini juga pelajar berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komprehensif dalam bidang kajian masing-masing, menajamkan kepakaran penyelidikan yang dimiliki, serta bersikap professional sebagai pentadbir dan pengamal industri pada masa hadapan.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara denganya dengan sekurang kurangnya PNGK 2.75;

  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara denganya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan 2.75 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi, atau;

  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya, dan tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada 5 tahun pengalaman bekerja dalamb bidang yang berkaitan, atau;

Pelajar Antarabangsa
  • Pelajar Antarabangsa perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan skor minimum 600 untuk Test as English as a Foreign Language (TOEFL) ATAU skor 6.0 untuk International English Language Testing System (IELTS).

Prospek Kerjaya
title bottom left g 4
  • Selepas menamatkan program ini, para graduan mempunyai peluang mengisi jawatan sebagai ahli akademik, pensyarah, pegawai ekonomi , pegawai tadbir di organisasi awam serta penyelidik di IPT awam dan swasta atau agensi lain yang berkaitan. Para graduan turut mempunyai peluang menguruskan keusahawanan sendiri dalam bidang yang berkaitan.
Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 9,370
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 12,870
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM 11,440

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian, disertasi, pengembangan akademik serta graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Metodologi Penyelidikan
  • Ekonomi Lanjutan
  Semester 2 - Semester 12
  • Tesis