Kod Program
|
MT10
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Penyelidikan & Disertasi
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)
|
Min: 2 Tahun, Maks: 4 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)
|
Min: 3 Tahun, Maks: 6 Tahun
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
|
Maklumat Program
|
Program ini ditawarkan untuk menghasilkan graduan yang berupaya menguasai dan mengaplikasi pengetahuan teori serta aplikasi di dalam bidang pengurusan sumber manusia. Graduan dijangka mampu mengaplikasi kemahiran ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial seiring dengan kehendak syariat Islam, mempunyai nilai murni, sikap dan profesionalisme yang tinggi selari dengan kod amalan pengurusan sumber manusia.
Selain dari itu, program ini diwujudkan untuk menghasilkan bakal pemimpin yang berkualiti dari aspek komunikasi, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dalam menguruskan sumber manusia dan pembangunan kerjaya sepanjang hayat.
Syarat Kelayakan
|
-
Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75;
-
Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya, dengan sekurang-kurang PNGK antara 2.50 dan 2.75 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi, atau;
-
Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya, dan tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan
Prospek Kerjaya

|
- Setelah tamat pengajian, graduan berkelayakan untuk memegang jawatan dalam bidang profesional (pensyarah, tutor, pengamal sumber manusia, penyelidik dan sebagainya) dalam bidang berkaitan. Pelajar juga mempunyai prospek untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu layak melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara untuk program Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).