Diploma Eksekutif Pengurusan Zakat

N/0414/4/0028

Kod Programtitle bottom left g 4
ES01
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA8701
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah & Tutorial
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
2 Tahun
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)title bottom left g 4
4 Tahun
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Syariah & Undang-undang
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Program Diploma Eksekutif Pengurusan Zakat digubal bagi melahirkan tenaga profesional muslim yang mahir dalam menguruskan dana zakat. Dana zakat ini perlu diuruskan dengan sistematik dan berkesan agar ia mampu menjadi sumber kekuatan ekonomi umat Islam. Program ini akan mula ditawarkan kemasukan pada tahun pada Sesi I 2023/2024. Graduan program ini diharapkan mempunyai kefahaman yang baik berkaitan hukum-hukum berkaitan zakat dan bagaimana dana zakat diuruskan secara berkesan oleh institusi zakat moden. Graduan juga diharapkan dapat mempamerkan kemahiran untuk mencadangkan penyelesaian kepada isu-isu semasa berkaitan zakat dalam masyarakat. Tidak hanya mempunyai pengetahuan dan kefahaman berkaitan zakat tetapi juga mempamerkan kemahiran dalam kepimpinan keusahawanan, kerjaya dan kehidupan seharian.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan LULUS Matematik atau yang setara; ATAU

  • Lulus Sijil Kemahiran Tahap 3 (Sijil Kemahiran Malaysia, SKM) dalam bidang berkaitan dan LULUS SPM dengan minimum 1 kepujian; ATAU

  • Sijil yang diiktiraf (Tahap 3, MQF) atau setara dalam MKI atau bidang berkaitan; ATAU

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara; DAN

  • LULUS Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara (Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara akan mengikuti mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian) DAN

  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya selama 6 bulan dalam bidang berkaitan; DAN

  • Berusia sekurang-kurangnya 20 tahun ke atas; ATAU

  • Kelayakan lain berkaitan setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Prospek Kerjayatitle bottom left g 4
  • Penolong Perunding Hukum Syarak berkaitan Zakat

  • Penolong Eksekutif Di Institusi Pengurusan Zakat

  • Penolong Pegawai Pengauditan Zakat

  • Penolong Pegawai Pemasaran Zakat

  • Penolong Penasihat Syariah

Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan
: RM 1,000
: RM 24,955
Struktur Programtitle bottom left g 4
SEPENUH MASA
  Semester 1
  • Bahasa Inggeris I
  • Bahasa Arab I
  • Pengajian Malaysia II
  • Pengenalan Teknologi Maklumat
  • Harta Zakat
  • Asnaf Zakat
  Semester 2
  • Bahasa Inggeris II
  • Bahasa Arab II
  • Usul Fiqh
  • Pengantar Aqidah
  • Fiqh Ibadah
  • Zakat Harta Perolehan
  Semester 3
  • Workplace Communication Skill
  • Al-Arabiah lil Ittisolat
  • Zakat dan Pembangunan Ekonomi Islam
  Semester 4
  • Latihan Bina Insan
  • Fiqh Muamalat
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Perundangan Zakat di Malaysia
  • Zakat dan Percukaian
  • Sistem Pengurusan Zakat di Malaysia
  Semester 5
  • Siasah Syari’yyah dalam Pengurusan Zakat
  • Integriti dan Komunikasi Berkesan dalam Pengurusan Zakat
  • Pengurusan dan Pembangunan Organisasi Islam
  • Maqasid Syari’yyah dalam Pengurusan Harta Zakat
  • Pemasaran dalam Islam
  • Kursus Elektif
  Semester 6
  • Kursus Elektif
  • Kursus Elektif
  • Perakaunan Zakat
  • Kertas Projek
  Kursus Elektif
  • Pengurusan Dakwah dan Psikologi
  • Akhlak dalam Muamalat
  • Pengurusan Wakaf dan Baitul Mal
  • Pengurusan Harta Orang Islam