Kod Program
|
BI06
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)

|
3 Tahun 6 Bulan
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)

|
5 Tahun 6 Bulan
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial, Projek & Latihan Industri
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program ini ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab (JPBLA), Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Program pengajian ini bersifat major-minor iaitu bidang bahasa Arab sebagai teras pengajian dan Multimedia sebagai nilai tambah dengan menekankan hasil pembelajaran program ke arah memperkasa ilmu pengetahuan secara teori dan praktikal dalam kedua-dua bidang yang ditekuni supaya bakal graduan dapat menyumbang idea, kemahiran dan kepakaran yang diperolehi sepanjang pengajian untuk kelestarian hidup secara seimbang sebagai orang Islam yang mendalami ilmu fardu ain dan fardu kifayah mengikut arus perkembangan teknologi semasa.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / A-Level atau setara dengan lulus penuh dalam dua (2) mata pelajaran atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) termasuk salah satu (1) mata pelajaran berkaitan Pengajian Islam; atau
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Maqbul; atau
-
Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi dari mana-mana IPTS/Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dalam bidang Pengajian Islam dengan mendapat PNGK 2.00; atau
-
Lulus Diploma Pengajian Islam (Tahap 4 KKM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Prospek Kerjaya
|
-
Guru (Gred DG41), penterjemah Bahasa Arab-Melayu, jurubahasa, ahli akademik (pensyarah muda atau penyelidik), editor, pemandu pelancong, pereka bentuk grafik, pegawai tadbir, pegawai penyelidik bahasa Arab.