Kod Program
|
BI02
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)

|
4 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)

|
7 Tahun 3 Bulan
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial, Projek & Latihan Praktikal
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu, Arab & Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Dan Al-Sunnah Dengan Komunikasi merupakan program ijazah sarjana muda di Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam. Program ini mengandungi 57 kursus, bernilai 142 jam kredit dan mengambil masa selama 4 tahun. Program ini menekankan pengajian berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai teras major di samping membentuk kemahiran komunikasi sebagai teras minor.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam salah satu mata pelajaran Pengajian Islam atau Bahasa Arab dan satu mata pelajaran lain; atau
-
Lulus A-Level atau yang setara dengannya dengan lulus minimum satu (1) subjek Pengajian Islam; atau
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat pangkat Maqbul; atau
-
Lulus Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana IPTA/IPTS/Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK 2.00; atau
-
Diploma Pengajian Islam atau dalam bidang berkaitan (Tahap 4 MQF) dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00; atau
-
Diploma yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.00 dan lulus mata pelajaran Bahasa Arab asas di peringkat Diploma atau lulus mana-mana mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM atau STPM; atau
-
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Prospek Kerjaya
|
-
Pegawai Tadbir, Guru Agama, Perunding Pembangunan Mahasiswa, Pegawai Hal Ehwal Islam/ Pembangunan Keluarga/ Jabatan Agama Islam.