Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat)

N/145/6/0019

Kod Programtitle bottom left g 4
BE03
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA12249
Tempoh Pengajiantitle bottom left g 4
4 Tahun / 6 1/2 Tahun
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah & Tutorial
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu, Arab &  Inggeris
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Pendidikan
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan AlQiraat) menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang pendidikan dengan memberi penekanan khusus kepada Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek Tahfiz, Qiraat, perkaedahan serta pedagogi Pengajaran Tahfiz. Kursus-kursus tersebut memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang pendidikan khususnya Tahfiz untuk mendapat pendedahan tentang teori, aplikasi serta isu-isu terkini yang akan melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja berilmu dalam bidang Tahfiz dan pedagogi tetapi juga Qiraat.Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berketerampilan praktikal dalam bidang Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat bagi menghadapi kepelbagaian kurikulum dalam konteks pendidikan semasa.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran dan satu daripadanya dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam; ATAU
    • Lulus kelayakan yang setara dengan STPM seperti A-level, dengan syarat bahawa calon lulus sekurang-kurangnya satu subjek Pengajian Islam dalam kelayakan itu; ATAU

  • Lulus program Matrikulasi atau kelayakan yang diiktiraf sebagai Asasi Pengajian Islam dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00; ATAU

  • Lulus dengan gred keseluruhan Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU

  • Mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran alQuran dan al-Qiraat (Tahap 4, KKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.000 minimum daripada 4.00; ATAU

  • Diploma (Tahap 4, KKM) yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00; ATAU

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia; DAN

  • Mempunyai Sijil Tahfiz 30 juzu’ yang diiktiraf; SERTA

  • Lulus temuduga dalaman.

Pelajar Antarabangsa
  • -

Prospek Kerjayatitle bottom left g 4
  • Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan AlQiraat) memberi peluang kerjaya kepada graduan sebagai seorang guru tahfiz di sekolah kerajaan dan swasta, Imam dan bilal masjid. Selain itu, graduan juga dapat menyertai industri lain seperti Pelancongan, Media, Sumber Manusia dan Jabatan Agama.Graduan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai pegawai hal ehwal Islam di jabatan kerajaan. Graduan juga berpeluang untuk memiliki syarikat sendiri dengan menawarkan latihan pembangunan profesional kepada orang ramai atau syarikat atau menjadi perunding,pengusaha institusi Pendidikan, usahawan Pendidikan serta menjadi seorang da’ie atau motivator.

Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 48,909
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM 44,564

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian, penginapan : Dormitori D (Sepenuh masa sahaja) & graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Sistem Tarbiyah Pelajar
  • Penghayatan Etika Dan Peradaban ( U1)
  • Falsafah Dan Isu Semasa ( U1)
  • Fiqh Ibadat Dan Munakahat (U2)
  • Academic Reading Skills
  • Al Arabiah Al A'liyyah Li Dirasat Islamiyyah II
  • I'adah Hifz Al-Quran I
  • Kemahiran Jawi Dan Khat
  • Psikologi Pendidikan
  Semester 2
  • Sistem Tarbiyah Pelajar
  • Academic Writing Skills
  • Al Arabiah Al A'liyyah Li Dirasat Islamiyyah III
  • I'adah Hifz Al-Quran II
  • Tartil Al-Quran
  • Qiraat Ilmiyyah Wa Hifz Al-Mutun I
  • Ulum Al-Quran
  • Sosiologi Pendidikan
  • Falsafah Pendidikan
  Semester 3
  • Sistem Tarbiyah Pelajar
  • Fiqh Muamalat Dan Jinayat (U3)
  • Tarikh Al-Qiraat Wa Al-Qurra' Al-Asyarah
  • I'adah Hifz Al-Quran III
  • Sejarah Mashaf Komtemporari
  • Dabt Wa Rasm Al-Quran
  • Qiraat Ilmiyyah Wa Hifz Almutun II
  • Pengajaran Dan Pembelajaran
  • Islamic Management
  Semester 4
  • Sistem Tarbiyah Pelajar
  • Khidmat Ummah (U4)
  • I'adah Hifz Al-Quran IV
  • Qiraat Amaliyyan I
  • Sekolah Dan Pelaksanaan Kurikulum
  • Pengurusan Pendidikan Tahfiz
  • Pedagogi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat I
  • Islamic Economics
  Semester 5
  •  I'adah Hifz Al-Quran V
  • Al-Qiraat Al-Syadhdhah
  • Qiraat Amaliyyan II
  • Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan
  • Teknologi Pendidikan
  • Pedagogi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat II
  • Metodologi Hafazan Alquran Di Malaysia
  • Pengucapan Awam