Kod Program
|
BE01
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial, Amali & Latihan Industri
|
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa
|
4 Tahun
|
Tempoh Pengajian Separuh Masa
|
5 1/2 Tahun
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang pendidikan dengan penekanan khusus kepada bidang Bahasa Inggeris dan multimedia. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek Bahasa Inggeris, perkaedahan, pedagogi pengajaran Bahasa Inggeris serta multimedia. Kursus-kursus tersebut memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang pendidikan khususnya Bahasa Inggeris untuk mendapat pendedahan tentang teori, aplikasi serta isu-isu terkini yang akan melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja berilmu dalam bidang Bahasa Inggeris dan pedagogi tetapi juga multimedia.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurangkurangnya Gred C NGMP 2.00 dalam mata pelajaran Pengajian Am /Literature in English/ Information and Communications Technology; atau
-
Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran; atau
-
Lulus Matrikulasi/ Foundation/ Asasi dari mana-mana IPTA/IPTS/Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; atau
-
Diploma (Tahap 4 KKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
-
Lulus temuduga.
Prospek Kerjaya
|
-
Guru, Edupreneur, Pentadbir, Jurulatih bahasa, Pembangun Bahan Kursus Bahasa Inggeris