Kod Program
|
BB02
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)
|
4 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)
|
5 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial & Amali
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program Pengurusan Sumber Manusia bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan sumber manusia bagi membolehkan mereka memenuhi tuntutan pekerjaan, kemajuan kerjaya serta membangun secara profesional dalam menghadapi perubahan persekitaran organisasi yang dinamik.
Pelajar akan bersedia dalam fungsi utama bidang Pengurusan Sumber Manusia seperti Pengambilan & Pemilihan, Pampasan & Faedah, Latihan & Pembangunan, Perhubungan Perusahaan Malaysia dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
Selepas tamat program ini, pelajar akan dapat memperoleh pemahaman tentang isu sumber manusia yang kompleks, membangunkan kemahiran analisis dan penyelesaian masalah, yang membawa kepada peningkatan peluang pekerjaan.
Syarat Kelayakan
|
-
STPM dengan minimium gred C (HPNG 2.00) dalam 2 mata pelajaran, serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau kelayakan yang setara dengannya ; atau
-
Lulus STAM dengan minimum gred Jayyid serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
-
Kelayakan yang setara dengan Diploma/ Diploma Lanjutan (Level 4 atau 5,MQF); atau
-
Lulus Foundation/ Matrikulasi dengan minimum HPNG 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan lain yang setara dengannya.
Prospek Kerjaya
|
Pegawai Sumber Manusia, Pegawai Perhubungan Pekerja, Pegawai Latihan dan Pembangunan, Pengrekrut, Pegawai Payroll, Pegawai Sistem Maklumat Sumber Manusia, Pegawai Pengurusan, Pegawai Pembantu Konsultan, Pegawai Pembantu Penyelidik di syarikat swasta dan agensi Kerajaan Malaysia. |