Kod Program
|
PE01
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial & Penyelidikan
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa
|
3 Tahun
|
Tempoh Pengajian Separuh Masa
|
4 Tahun
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Doktor Falsafah Pendidikan merupakan program yang memberi peluang kepada semua ahli akademik atau individu yang mempunya lulusan ijazah sarjana yang berkaitan dalam pendidikan yang ingin mengembangkan penerokaan dan penyelidikan dalam bidang yang relevan sesuai dengan isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dunia Pendidikan. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dalam melaksanakan penyelidikan secara teori dan praktis bagi mencadangkan penyelesaian terhadap isu dan permasalahan yang dikaji.
Syarat Kelayakan
|
-
Ijazah Sarjana (Tahap 7 KKM) dalam bidang berkaitan dari mana-mana universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar Antarabangsa perlu mencapai minima syarat Bahasa Inggeris;
-
Test of English as a Foreign Language (TOEFL) iBT 33 .;ATAU
-
International English Language Testing System (IELTS) Band 4.5.; ATAU
-
Malaysian University English Test (MUET) Band 3.0
Jika tiada, pelajar perlu menghadiri kelas intensif Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh UIS atau mana-mana institusi dengan mencapai syarat minima.
Prospek Kerjaya

|
- Mengisi jawatan tertinggi dalam bidang profesional, sebagai ahli akademik, pensyarah, guru, pengetua, pegawai pentadbir pendidikan, kaunselor, pakar dalam bidang penulisan dan penyelidik di IPT awam atau swasta, sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri serta badan-badan lain yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan pembangunan ummah.