Kod Program
|
BB08
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
4 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program ini ditawarkan selaras dengan perkembangan pesat industri Halal masa kini yang dijangka mencecah nilai pasaran sebanyak USD 2.6 trilion menjelang 2024. Industri Halal turut semakin diterima oleh bukan Islam sebagai peluang perniagaan dan gaya hidup hari ini. Program itu dibangunkan bagi melahirkan pakar dalam pelbagai bidang halal sama ada makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal, logistik, hospitaliti Muslim dan seumpamanya, dengan kebolehan mencipta penyelesaian kepada masyarakat, selaras dengan ajaran Islam. Sebagai institusi pengajian tinggi yang menumpukan kepada penerapan nilai dan prinsip Islam dalam ilmu, kami komited untuk membangunkan sumber manusia yang berilmu dan berwibawa dalam industri halal, yang bukan sahaja mengambil kira proses produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, malah mematuhi kerangka nilai Islam secara holistik.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 2 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) peringkat Jayyid dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
-
Lulus Matrikulasi/ Foundation dari mana-mana PPT dengan mendapat PNGK 2.00; ATAU
-
Lulus Diploma (Tahap 4 KKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Minimum skor 5.5 untuk peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) atau kelayakan yang setara dengannya.
Prospek Kerjaya
|
-
Menjadi seorang Eksekutif Halal, Perolehan, Kajian dan Pembangunan (R & D), Jaminan Kualiti (QA), Operasi dan lain-lain kepada mana-mana syarikat atau premis pengeluaran dan penyediaan produk makanan, bukan makanan dan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah.
-
Menjadi seorang juruaudit, jurulatih, jururunding, penyelidik atau perancang kepada mana-mana institusi premis pengeluaran dan penyediaan produk makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
-
Menjadi usahawan industri Halal yang professional dan berdaya saing disamping mengamalkan prinsip-prinsip keusahawan Islam dalam perniagaan.