Kod Program |
MC03
|
Mod Pengajian |
Sepenuh & Separuh Masa
|
Nombor Pendaftaran MQA |
|
MQA/FA7213
|
Mod Pengajaran |
Kerja Kursus
|
Bahasa Pengantar |
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa |
1 Tahun 2 Bulan
|
Tempoh Pengajian Separuh Masa |
2 Tahun 2 Bulan
|
Fakulti / Pusat Pengajian |
Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran
|
Maklumat Program |
Sarjana Teknologi Maklumat telah direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, teknik dan kemahiran untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dalam menyelesaikan masalah dunia nyata yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Melalui program ini, pelajar berupaya untuk memajukan kerjaya mereka serta mengembangkan kemahiran profesional baharu dalam bidang kerja masing-masing di samping menghasilkan ciptaan atau inovasi baharu untuk organisasi. Kursus-kursus seperti Inovasi IT dan keusahawanan dan Pembangunan Aplikasi Web akan menjadi nilai tambah untuk mereka mewujudkan penyelesaian IT yang inovatif dalam bidang pilihan mereka.
Syarat Kelayakan |
Pelajar Malaysia |
-
Lulus Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) dalam bidang Teknologi Maklumat atau bidang lain yang setara dengannya dari mana-mana PPT yang diiktiraf dengan PNGK minimum 2.75; atau
-
Lulus Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) dalam bidang Teknologi Maklumat atau bidang lain yang setara dengannya dari mana-mana PPT yang diiktiraf dengan PNGK 2.75 hingga PNGK 2.5 dan melalui proses penilaian setara; atau
-
Lulus Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) dalam bidang Teknologi Maklumat atau bidang lain yang setara denganya dari mana-mana PPT yang diiktiraf dengan PNGK minimum 2.0 tertakluk kepada minimum lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan; atau
-
Lulus Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) dalam bidang lain dari mana-mana PPT yang diiktiraf dengan syarat mengambil kursus prasyarat yang ditetapkan.
-
Calon tanpa Ijazah Pengkomputeran, modul prasyarat dalam pengkomputeran mesti ditawarkan dengan secukupnya sebagai persediaan untuk pengajian lanjutan mereka.
Pelajar Antarabangsa |
-
Syarat kelayakan masuk seperti di atas dengan tambahan:
-
Pelajar antarabangsa haruslah mempunyai bukti penguasaan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis yang baik, sebagai contoh skala 6.o untuk Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) atau yang setara dengannya.
Prospek Kerjaya |
-
Menjadi seorang pegawai, jururunding, penyelidik, perancang kepada manamana institusi dan organisasi berkaitan dengan bidang teknologi maklumat
-
Menganalisis maklumat berkaitan pembangunan sistem teknologi maklumat samada sistem tempatan, atas talian/ aplikasi mobil.
-
Menjadi usahawan yang profesional dan berdaya saing disamping mengamalkan prinsip-prinsip keusahawan Islam dalam bidang teknologi maklumat.
Anggaran Yuran Keseluruhan
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan* |
: RM 1,000
: RM 11,890 |
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan* |
: RM 1,000
: RM 12,460 |
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan* |
: RM 1,150
: RM 16,160 |
*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian, kertas projek serta graduasi
Struktur Program
Semester 1 |
|
Semester 2
|
|
Semester 3
|
|
Elektif (Pilih 3)
|
|