Kod Program
|
BT04
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
3 Tahun 8 Bulan
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial, Projek & Latihan Industri
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program dirangka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja profesional dalam bidang multimedia kreatif khususnya reka bentuk digital di pelbagai sektor dan industri dalam menghasilkan satu karya grafik digital yang berkualiti tinggi. Program meliputi kursus atau matapelajaran secara holistik yang merangkumi aspek teknikal dan reka bentuk media baharu, kaedah ilustrasi digital, komunikasi visual dan teknologi multimedia kreatif. Program diperkukuhkan lagi dengan matapelajaran keusahawanan ICT.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengannya, sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua mata pelajaran; atau
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Jayyid; atau
-
Lulus Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya, sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Lulus Diploma (Tahap 4, KKM/MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Lulus Diploma Lanjutan (Tahap 5, KKM/MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik institusi*; atau
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia. DAN
-
lulus temuduga (online/virtual/kenvensional)**: atau
-
penyerahan portfolio pelajar untuk dinilai oleh pihak institusi**
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET atau setara dengan CEFR Low B2.*
* Rujuk Surat JPT GS 1000-630(41). 9hb Disember 2019 – Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris Kepada Pelajar Antarabangsa untuk penilaian dan skor Bahasa Inggeris setara.
Prospek Kerjaya
|
Pereka Grafik, Pakar Audio, Pakar Video, Pereka Web, Pakar Animasi, Pengarah Seni, Pakar Ilustrasi, Pereka Papan Cerita (Storyboard), Pereka Multimedia, Pereka Antara Muka, Penyunting Audio/Video, Pakar Kandungan Kreatif (Creative Content), Instructional Specialist, Colorist, Project Manager, Eksekutif Rekabentuk, Tutor, Videographer, Audiographer, 3D Modeller, Pereka Watak, Pereka Kesan (Effect) Visual, Pereka Kesan (Effect) Bunyi, Perunding Pembangunan Rekabentuk Digital, Usahawan Rekabentuk Digital.