Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang (Kepujian)

R2/0421/6/0001

Kod Programtitle bottom left g 4
BS03
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
A6282
Tempoh Pengajiantitle bottom left g 4
4 Tahun
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah & Tutorial
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu, Inggeris & Arab
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Syariah & Undang-undang
Maklumat Programtitle bottom left g 4
  • Melahirkan profesional dalam bidang perundangan syariah dan sivil yang mampu mempamerkan pengetahuan secara komprehensif dengan mengaplikasi, menganalisis dan membandingkan prinsip perundangan syariah dan sivil dari sumbernya yang asal dalam menyelesaikan isu-isu dan permasalahan semasa.

  • Melahirkan profesional dalam bidang perundangan syariah dan sivil yang dapat memimpin secara berautonomi dan bertanggungjawab serta terlibat dalam pasukan melalui komunikasi berkesan dan kemahiran interpersonal menggunakan bahasa yang diperlukan.

  • Melahirkan profesional dalam bidang perundangan syariah dan sivil yang memanfaatkan kemahiran digital dan numerasi terkini dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengembangkan kerjaya serta meneroka peluang perniagaan dalam profesion di peringkat tempatan dan global.

  • Melahirkan profesional dalam bidang perundangan syariah dan sivil yang mendukung serta mengintegrasikan nilai etika dan profesional, tanggungjawab moral dan amalan lestari dalam menyediakan perkhidmatan kepada klien dan masyarakat keseluruhan.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) subjek Pengajian Islam dan satu (1) subjek yang lain; DAN kredit dalam satu (1) subjek Bahasa Arab di peringkat SPM; atau

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat Jayyid; atau

  • Lulus Matrikulasi / Foundation / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 daripada 4.00 DAN kredit dalam satu (1) subjek Bahasa Arab dan satu (1) daripada subjek Pengajian Islam di peringkat SPM atau kelayakan yang setara; atau

  • Mana-mana kelayakan setara (Tahap 4, MQF) dan kredit dalam satu (1) daripada mata pelajaran Bahasa Arab dan satu (1) daripada mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM; atau

  • Diploma dalam Perundangan Syariah yang setara (Tahap 4, MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.50 daripada 4.00; atau

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

Pelajar Antarabangsa
  • Pelajar Antarabanga perlu memperoleh skor sebanyak 550 untuk Test of English as a Foreign Language (TOEFL) ATAU 79 untuk ujian TOEFL dalam talian ATAU skor 5.5 untuk International English Language Testing System (IELTS) atau setara.

  • Kaedah penilaian khusus (seperti temu duga atau ujian bakat atau kedua-duanya) boleh digunakan dalam proses pemilihan calon untuk program ijazah Sarjana Muda.

Prospek Kerjayatitle bottom left g 4
  • Peguam Syarie di firma guaman syarie & Biro Bantuan Guaman;
  • Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Negeri;
  • Pendaftar di Mahkamah Syariah;
  • Penyelidik di Jabatan Kehakiman Syariah;
  • Pegawai Syariah di mana-mana jabatan kerajaan dan swasta;
  • Pegawai Sulh;
  • Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD);
  • Pegawai di mana-mana jabatan kerajaan & Swasta
Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 41,470
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 43,180
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM 47,640

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian & graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Penghayatan Etika dan Peradaban (U1)
  • Falsafah dan Isu Semasa (U1) (Pelajar Antarabangsa)
  • Falsafah dan Isu Semasa (U1)
  • Bahasa Melayu Komunikasi 2 (U1) (Pelajar Antarabangsa)
  • Al Arabiah Al A'liyah li Dirasat Islamiyyah I
  • Academic Reading Skills
  • Tarikh Tasyrik Al-Islami
  • Hafazan dan Tajwid I
  • Sistem Perundangan di Malaysia
  • Ulum Al-Quran
  • Sistem Tarbiah Pelajar
  • Kokurikulum 1
  Semester 2
  • Ekuiti
  • Academic Writing Skills
  • Al Arabiah Al A'liyah li Dirasat Islamiyyah II
  • Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
  • Asas Tauhid (U2)
  • Mustalah Hadith
  • Hafazan dan Tajwid II
  • Fiqh Ibadah
  • Sistem Pentadbiran Undang-undang Islam
  • Sistem Tarbiah Pelajar
  Semester 3
  • Workplace Communication Skills
  • Al Arabiah Al A'liyah li Dirasat Islamiyyah III
  • Usul Fiqh I
  • Fiqh Jinayah
  • Fiqh Munakahat
  • Undang-undang Keluarga I
  • Undang-undang Perlembagaan
  • Sistem Tarbiah Pelajar
  • Kokurikulum 2
  Semester 4
  • Undang-Undang Hak Asasi Manusia
  • Fiqh Muamalat I
  • Undang-undang Keluarga II
  • Usul Fiqh II
  • Undang-undang Tort
  • Asas dan Pemikiran Islam (U3)
  • Undang-undang Kontrak
  • Sistem Tarbiah Pelajar
  Semester 5
  • Undang-undang Pengurusan Halal
  • Undang-undang Perbankan Islam dan Takaful
  • Al-Maqasid Al-Syar'iyyah
  • Undang-undang Jenayah
  • Integriti dan Antirasuah (U4)
  • Nizam Al-Qadha Al-Islami
  • Undang-undang Harta Intelek
  • Undang-undang Komersil
  Semester 6
  • Undang-undang Tanah
  • Undang-undang Pentadbiran Jenayah Syariah
  • Al-Qawa'id Al-Fiqhiyyah
  • Undang-undang Keterangan
  • Etika dan Undang-undang Perubatan
  • Undang-undang Pekerja dan Hubungan Perusahaan
  Semester 7
  • Fiqh Mirath
  • Undang-undang Pentadbiran Harta Orang Islam
  • Penyelesaian Pertikaian Alternatif
  • Undang-undang Acara Mal
  • Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah
  • Undang-undang Alam Sekitar
  • Undang-undang Siber
  Semester 8
  • Amalan Kehakiman dan Guaman Syar'ie
  • Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah
  • Kertas Projek
  Semester - Latihan Industri
  • Latihan Amalan Guaman dan Kehakiman Syar'ie