Kod Program
|
BI05
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)

|
4 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)

|
6 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial & Amali
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Arab
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program bermatlamat melahirkan graduan dalam bidang dakwah yang memiliki kemahiran dalam perancangan, pengorganisasian dan implementasi integrasi prinsip pengurusan Islam dalam pengurusan sumber insan.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam salah satu mata pelajaran Pengajian Islam atau Bahasa Arab dan satu mata pelajaran lain; atau
-
Lulus A-Level atau yang setara dengannya dengan lulus minimum satu (1) subjek Pengajian Islam; atau
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat pangkat Maqbul; atau
-
Lulus Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana IPTA/ IPTS/ Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK 2.00; atau
-
Diploma Pengajian Islam atau dalam bidang berkaitan (Tahap 4 MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Diploma yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan lulus mata pelajaran Bahasa Arab asas di peringkat Diploma atau lulus mana-mana mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM atau STPM; atau
-
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Prospek Kerjaya
|
-
Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir & Diplomatik, Pegawai Hal Ehwal Islam/ Pembangunan Keluarga/ Jabatan Agama Islam, Pegawai Sumber Manusia, Pegawai Dakwah Jabatan Agama Islam, Pegawai Zakat, Guru Agama, Pendakwah, Motivator.