Kod Program
|
BE02
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)
|
4 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)
|
6 Tahun 6 Bulan
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah,Tutorial & Praktikum
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Multimedia menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang pendidikan dengan penekanan khusus kepada bidang Pendidikan Islam dan multimedia. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek Pendidikan Islam, perkaedahan, pedagogi pengajaran Pendidikan Islam serta multimedia. Kursus-kursus tersebut memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang pendidikan khususnya Pendidikan islam untuk mendapat pendedahan tentang teori, aplikasi serta isu-isu terkini yang akan melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja berilmu dalam bidang Pendidikan Islam dan pedagogi tetapi juga multimedia. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berketerampilan praktikal dalam bidang Pendidikan Islam dengan menguasai kandungan dan metod Pendidikan Islam dengan Multimedia, mengaplikasikan teori, falsafah pendidikan, penyelesaian masalah berasaskan amalan penyelidikan dan inovasi dengan mempraktikkan ilmu bidang secara kompeten dalam pelbagai peringkat, lapangan serta budaya.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurangkurangnya Gred C NGMP 2.00 dalam dua (2) mata pelajaran; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pangkat Jayyid; ATAU
-
Lulus Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana IPTA/IPTS/Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; ATAU
-
Lulus Diploma (Tahap 4 KKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia DAN
-
Lulus temuduga dalaman.
Prospek Kerjaya
|
Bidang Pendidikan:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Guru sekolah-sekolah kerajaan negeri.
- Guru sekolah-sekolah Swasta.
- Kolej-kolej Swasta.
Luar Bidang Pendidikan:
- Institusi agama persekutuan dan negeri.
- Industri diluar bidang Pendidikan.