Kod Program
|
MT14
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh & Separuh Masa
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Penyelidikan, Pembentangan & Tesis
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa
|
2 Tahun
|
Tempoh Pengajian Separuh Masa
|
3 Tahun
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
FAKULTI SAINS SOSIAL
|
Maklumat Program
|
Ijazah Sarjana Komunikasi merupakan ijazah penyelidikan yang melibatkan penghasilkan tesis penyelidikan selepas menjalani latihan dan penyeliaan berterusan dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil kerja Pelajar Ijazah Sarjana Komunikasi dijangka dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada bidang komunikasi yang dipilih. Melalui program ini pelajar berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komprehensif dalam bidang kajian masing-masing, menajamkan kepakaran penyelidikan yang dimiliki, serta bersikap professional sebagai pentadbir dan pengamal media dan industri pada masa hadapan dengan menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang media dan komunikasi tempatan dan global. Melalui pengajian ini, anda juga mampu mengaplikasikan kemahiran penyelidikan dan penulisan dalam bidang media dan komunikasi.
Syarat Kelayakan
|
-
Calon mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.75 daripada 4.00 daripada institusi yang diiktiraf oleh UIS, atau;
-
Calon-calon dengan PNGK antara 2.50 dan 2.75 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi, atau;
-
Calon yang tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
Prospek Kerjaya
|
- Selepas menamatkan program Sarjana Komunikasi, anda boleh menjadi tenaga pengajar/ pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wartawan dan juga pengamal media, menyertai mana-mana organisasi awam dan korporat sebagai eksekutif tertinggi atau pengurus pentadbiran, atau bekerja secara bebas sebagai perunding pengurusan, pengurusan perubahan, perunding penyelidikan serta bidang lain yang berkaitan dengan bidang media dan komunikasi.