Kod Program
|
IS11
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
2 1/2 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu,Inggeris & Arab
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program Diploma Pengajian Bahasa Al-Quran menawarkan kursus yang meliputi pengajian bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab dan kursus yang berkaitan seperti linguistik Arab dan kesusasteraan Arab. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini dapat membantu untuk memahami dan menguasai bahasa dan kesusasteraan Arab khususnya kandungan al-Quran itu sendiri. Disamping itu juga, program ini menggabungkan ilmu teras seperti fiqh, aqidah, bahasa Inggeris, keusahawanan dan kemahiran komputer.Dengan pengetahuan yang mereka telah miliki, graduan boleh menempatkan diri dalam masyarakat dan memberi sumbangan kepada Negara. Graduan juga berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka dalam bidang pengkhususan bahasa arab atau pengajian Islam.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dan lulus dalam salah satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau Pengajian Islam; atau
-
Lulus Sijil Pengajian Islam (Tahap 3 KKM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
- Memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris seperti berikut: IELTS 4.0/ CEFR A2 atau setara dengan TOEFL PBT (397) atau TOEFL IBT (30-31) atau CAE (160) (Cambridge English: Advance)/ CEFR B2 atau CPE (180) (Cambridge English: Proficiency)/ CEFR C1 atau PTE (Pearson Test of English) (30) atau MUET (Malaysian University English Test) (Band 2)
Prospek Kerjaya
|
Penolong Pegawai Tadbir, Juru Bahasa, Penterjemah, Pendakwah, Guru Bahasa, Ahli Akademik dan bidang-bidang berkaitan samada di sektor awam atau swasta.