Kod Program
|
BB04
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)

|
4 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)

|
5 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
|
Maklumat Program
|
-
Syarat Kelayakan
|
-
STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam dua (2) mata pelajaran dan kredit dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
-
Lulus STAM pangkat Jayyid dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau
-
Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dengan PNGK minimum 2.50 dan kredit dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
-
Lulus Matrikulasi/ Foundation/ Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
-
Diploma dalam perakaunan atau bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50. Calon dengan PNGK di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh diterima tertakluk kepada penilaian yang teliti dan menyeluruh dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM ; atau
-
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Perakaunan dengan PNGK minimum 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat IPT / Lembaga Akademik dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM ; atau
-
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang Perakaunan dengan PNGK minimum 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat HEP / Lembaga Akademik dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
-
Memiliki Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dalam bidang perakaunan atau bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik serta lulus dalam mata Pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
-
Kelayakan lain yang berkaitan dan setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Nota:
Calon yang lulus subjek Matematik pada peringkat SPM perlu mengambil dan lulus subjek Matematik dan Bahasa Inggeris pengukuhan yang setaraf dengan peringkat SPM. Subjek Matematik pengukuhan ini ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat.
Prospek Kerjaya
|
| Akauntan, Pengurus Akaun, Juruaudit, Perancang kewangan, Pensyarah, Usahawan |