UIS menggalakkan semua calon pelajar menggunakan kemudahan permohonan secara dalam talian (online). Bagaimanapun, jika terdapat kesukaran di pihak calon pelajar, permohonan secara manual tetap diterima. Sila ikuti langkah-langkah berikut :
PERTAMA
![]()
Muat-turun dan cetak borang permohonan manual (dalam format PDF). KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN.
KEDUA
![]()
Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.
KETIGA
![]()
Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (secara penyelidikan) dan/ atau Doktor Falsafah (PhD) sahaja, pemohon perlu melampirkan Cadangan Penyelidikan (Research Proposal) untuk penilaian Jawatankuasa Pemilihan Pelajar Baharu Pascasiswazah UIS.
KEEMPAT
![]()
Sila hantar borang permohonan melalui :
-
E-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
-
Whatsapp ke 019-389 6937; atau
-
Fax ke talian : +603 8925 7677; atau
-
Poslaju ke alamat berikut :
Sekyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Pemasaran,
Universiti Islam Selangor (UIS)
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
KELIMA
![]()
Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja selepas borang permohonan diterima.
KEENAM
![]()
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status permohonan secara dalam talian (online) dari semasa ke semasa melalui pautan https://bit.ly/semakpermohonanUIS.
-
Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Masuk [Semak Status Permohonan].
-
Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran iaitu Borang Permohonan, Surat Tawaran, Borang Pendaftaran Pelajar Baharu dan Panduan Pendaftaran.
-
Lengkapkan / laksanakan / penuhi semua keperluan seperti Senarai Semak A dan B di dalam Borang Pendaftaran Pelajar Baharu.
-
Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran.

