Kod Program |
MT13
|
Mod Pengajian |
Sepenuh & Separuh Masa
|
Nombor Pendaftaran MQA |
|
MQA/FA8606 |
Mod Pengajaran |
Kuliah, Penyelidikan & Tesis
|
Bahasa Pengantar |
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa |
3 Tahun
|
Tempoh Pengajian Separuh Masa |
4 Tahun |
Fakulti / Pusat Pengajian |
Fakulti Ekonomi, Perakaunan & Pengurusan
|
Maklumat Program |
Program perakaunan di peringkat ijazah sarjana secara penyelidikan menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai perakaunan melalui penyelidikan. Program juga menggalakkan penyelesaian masalah, refleksi, penilaian, analisis dan sintesis dalam bidang kajian. Program ini sesuai untuk graduan perakaunan yang ingin meneruskan kerjaya dalam penyelidikan dan pendidikan. Ia juga sebagai nilai tambah dalam meningkatkan kemahiran berfikiran secara kritis.
Syarat Kelayakan |
Pelajar Malaysia |
-
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf atau bidang yang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75 yang diperakui oleh Senat;
-
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf atau bidang yang berkaitan tetapi tidak mencapai 2.75 boleh diterima masuk dengan penilaian dalaman yang rapi berdasarkan justifikasi tertentu;
-
Kelayakan professional yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda yang diperakui oleh Senat.
-
Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.75 yang diperakui oleh Senat.
-
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau bidang yang berkaitan dengan kelayakan PNGK kurang daripada 2.50, boleh diterima dengan syarat mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan.
Pelajar Antarabangsa |
-
Bagi pelajar antarabangsa, syarat tambahan adalah calon antarabangsa dikehendaki memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan skor minimum 550 bagi TOEFL atau 5.5 bagi English Language Testing System (IELTS) atau yang setara dengannya.
Prospek Kerjaya |
- Para graduan yang telah mengikuti program ini mempunyai peluang mengisi jawatan sebagai ahli akademik, pensyarah, penyelidik di IPT awam dan swasta atau agensi. Graduan juga dapat meningkatkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritis dalam pengurusan tertinggi dalam industri dan perdagangan, baik di sektor awam dan swasta.
Anggaran Yuran Keseluruhan
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan* |
: RM 1,000
: RM 9,370 |
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan* |
: RM 1,000
: RM 12,870 |
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan* |
: RM 1,150
: RM 11,440 |
*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian, peperiksaan, pengembangan akademik serta graduasi
Struktur Program
Semester 1 |
|
Semester 2 - Semester 12
|
|