Kod Program
|
EB01
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa & Separuh Masa
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial & Latihan Industri
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Tempoh Pengajian (Sepenuh Masa)
|
3 Tahun
|
Tempoh Pengajian (Separuh Masa)
|
4 Tahun 6 Bulan
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Diploma Eksekutif Pengurusan Masjid bertujuan untuk melahirkan pasukan kepimpinan dan pengurusan masjid yang cekap, kompeten, proaktif dan inovatif dalam mengurus dan mentadbir masjid.
Program ini menawarkan latihan intensif teori dan praktikal yang memberi penekanan kepada kaedah pengurusan masjid yang moden dan sistematik. Ini akan meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam proses pembuatan keputusan terutamanya dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pengimarahan masjid.
Program ini bakal melahirkan pentadbir masjid yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mampan dalam bidang keusahawanan, kewangan, kepimpinan dan pengurusan dalam memertabatkan organisasi masjid sebagai pusat sehenti untuk umat Islam dan masyarakat sekitarnya.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran, atau kelayakan yang setara dengannya, ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelulusan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau kelayakan yang setara dengannya, ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul; ATAU
-
Lulus Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang berkaitan, dan lulus SPM dengan minimum 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, ATAU
-
Kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia, KKM).
Prospek Kerjaya
|
Penolong pengurus pembantu tadbir masjid, pembantu tadbir di bahagian pengurusan masjid Jabatan Agama Islam negeri-negeri, pegawai tadbir agama daerah serta dijadikan sebagai syarat pengambilan jawatan di peringkat masjid. |
Anggaran Yuran Keseluruhan
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
|
: RM 1,000
: RM 25,175
|
|
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
|
: RM 1,000
: RM 27,442.50
|
|
*termasuk yuran pendaftaran, yuran kemudahan & kebajikan, yuran pengajian & penilaian, yuran graduasi