Kod Program
|
MS34
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
3 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Diploma Pengurusan Sumber Manusia bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang berkaitan dan kemahiran pengurusan sumber manusia yang membolehkan mereka memenuhi tuntutan pekerjaan, kemajuan kerjaya serta membangun secara profesional dalam menghadapi perubahan perniagaan yang dinamik.
Pelajar akan bersedia dalam fungsi utama bidang Pengurusan Sumber Manusia seperti Pengambilan & Pemilihan, Pampasan & Faedah, Latihan & Pembangunan, Perhubungan Perusahaan Malaysia dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
Selepas tamat program ini, pelajar akan dapat memperoleh pemahaman tentang isu sumber manusia yang kompleks, membangunkan kemahiran analisis dan penyelesaian masalah, yang membawa kepada peningkatan peluang pekerjaan.
Syarat Kelayakan
|
-
Memiliki Sijil pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam tiga mata pelajaran; ATAU
-
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang bersesuaian; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred Maqbul; ATAU
-
Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0; ATAU
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
- Perlu mencapai skor minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau kelayakan setara dengan Common European Framework of Reference for Languages* (CEFR) (High B1).
Prospek Kerjaya
|
Pegawai Sumber Manusia, Pegawai Perhubungan Pekerja, Pegawai Latihan dan Pembangunan, Pengrekrut, Pegawai Payroll, Pegawai Sistem Maklumat Sumber Manusia, Pegawai Pengurusan, Pegawai Pembantu Konsultan, Pegawai Pembantu Penyelidik di syarikat swasta dan agensi Kerajaan Malaysia. |