Kod Program
|
CS41
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
3 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah, Tutorial & Latihan Amali
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
Fakulti Sains Sosial
|
Maklumat Program
|
Kurikulum program Komunikasi telah digubal dengan berdasarkan pendekatan holistik untuk menjanakan individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan yang perkasa dalam komunikasi dan penyiaran, di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu.
Pada semester pertama, pelajar diberi pendidikan umum sebagai asas dan latar belakang untuk memahami kursus selanjutnya. Pelajar akan membuat pengkhususan dalam bidang disiplin yang dipilih melalui semester kedua.
Pelajar akan mengikuti kursus daripada tiga kategori berikut:
- Kursus Umum Universiti
- Kursus Teras (major)
- Kursus Elektif
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus SPM/SPVM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Inggeris; atau
-
Lulus STPM atau setara dengannya, dengan minimum Gred C dalam mana-mana mata pelajaran dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau
-
Lulus STAM dengan pangkat Maqbul dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkit SPM; atau
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
Nota:
Syarat kredit Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon (ii), (iii), (iv), dan (v) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
- perlu mencapai skor minimum 5.5 dalam International English Language Testing System (IELTS) dan setara dengannya.
Prospek Kerjaya
|
Wartawan (Majalah, Akhbar, TV dan Laman Internet), Penolong Editor, Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Penulis Karya Kreatif, Penulis Kopi, Penulis Skrip, Penyiaran, Pengiklanan, Perfileman. |